728 X 90 Ad slot

Thursday, December 9, 2010

Pokok Hiasan Beracun!

Sejurus selepas RC terbaca artikel yang disiarkan oleh www.izoblog.com, RC rasa artikel ini patut disebarkan supaya para pencinta lanskap tahu mengenai bahaya ini. Anda semua bolehlah layan cerita ini.





The name of this plant is dumb cane.

Botanical name: Dieffenbachia

Family: Araceae

Malay Name: Pisang Tanah


Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca berhati-hati semua.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Maklumat lanjut:

http://museum.gov.ns.ca/poison/?section=species&id=88

http://www.botanical-online.com/alcaloidesdiefenbaquiaangles.htm

Dan lebih mengejutkan, hampir kebanyakkan tanaman hiasan di rumah-rumah adalah beracun! Antara senarai tanam-tanaman hiasan tersebut anda boleh rujuk di bawah:

http://www.blankees.com/house/plants/poisonous.htm

http://www.denverplants.com/foliage/html/Poisonous_Plants.htm

atau anda boleh serach di Google dengan menggunakan keyword “Poisonous House Plants”

Diharap pembaca-pembaca semua agar dapat berkongi artikel ini kepada kawan-kawan. Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

sumber: http://www.izoblog.com/artikel-menarik/pokok-hiasan-yang-sangat-beracun

All Rights Reserved Raja Cerita | Blogger Templates by Bloggermint